Subsidi Berkurang, Harga Telur Tetap Terkawal – KPDN

PETALING JAYA:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan harga telur ayam kekal dikawal walaupun subsidi dikurangkan secara berfasa sehingga ditamatkan sepenuhnya Ogos ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, subsidi telur dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji bermula 1 Mei dan akan dihentikan sepenuhnya pada 1 Ogos 2025 sebagai sebahagian daripada langkah penyasaran semula subsidi Kerajaan Madani.

“Walaupun subsidi dikurangkan, telur masih tertakluk kepada harga kawalan dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk RON97 di Stesen Minyak Petronas, Kimanis pada Sabtu.

Menurutnya, satu jawatankuasa khas dipengerusikan KPDN ditubuhkan bagi memantau kestabilan harga dan bekalan telur secara menyeluruh.

Beliau turut menegaskan penguat kuasa KPDN bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan terus membuat pemantauan berkala serta menerima aduan awam sekiranya berlaku pelanggaran harga kawalan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat