Sukan SEA 2025: Pearly-Thinaah Bawa Pulang Emas

BANGKOK: Sorakan bergema di Thammasat University Rangsit Gymnasium apabila pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, menamatkan kempen Sukan SEA 2025 dengan penuh gemilang apabila merangkul pingat emas selepas menundukkan gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Trias Puspitasari, dalam pertarungan tiga set.

Dengan keputusan 21-16, 19-21, 21-17, Pearly-Thinaah bukan sahaja menewaskan lawan yang tangkas, malah menawan hati penonton dengan semangat juang dan keserasian luar biasa di gelanggang.

Dalam separuh akhir, mereka berdepan satu lagi pasangan Indonesia iaitu Rachel Allesya dan Febi Setianingrum dan menang dalam perlawanan sengit selama 78 minit.

Pearly, yang ketika itu bergelut dengan batuk dan keletihan tetap beraksi cemerlang, membuktikan ketahanan fizikal dan mental yang luar biasa.

Untuk rekod, sepanjang 2025, Pearly-Thinaah telah memenangi gelaran di Thailand Open, Arctic Open dan Japan Masters serta muncul naib juara di Kejohanan Dunia dan beberapa kejohanan utama lain.

Sukan SEA kali ini menyaksikan Malaysia mensasarkan empat emas dalam acara badminton, namun hanya dua pasangan berjaya mencapainya iaitu Pearly-Thinaah dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam beregu lelaki.

Anda Mungkin Berminat