Sukan SEA: Malaysia Mula Langkah, Besbol Dan Bola Sepak Wanita Jadi Tumpuan

BANGKOK: Debaran temasya Sukan SEA ke-33 semakin terasa apabila dua pasukan kebangsaan Malaysia bersedia memulakan perjuangan pada Jumaat di bumi Thailand.

Dengan semangat #KitaSemuaTeamMAS dan sorakan #ChampionsRising, rakyat Malaysia menantikan detik-detik penuh aksi dan kebanggaan.

Pagi ini, tepat pukul 10:00 waktu Malaysia, pasukan besbol (baseball) campuran negara akan berentap menentang Indonesia dalam perlawanan pusingan ’round robin’.

Sementara itu, tumpuan utama malam ini pastinya terarah kepada pasukan bola sepak wanita Malaysia yang bakal berdepan cabaran getir menentang Vietnam pada pukul 7:30 malam waktu Malaysia.

Perlawanan peringkat kumpulan itu dijangka sengit, memandangkan Vietnam merupakan antara kuasa besar bola sepak wanita Asia Tenggara.

Namun, skuad Harimau Malaya Wanita tampil dengan keyakinan tinggi, berbekalkan strategi mantap dan sokongan padu dari penyokong tanah air.

Sukan SEA kali ini menyaksikan penyertaan lebih 12,000 atlet dari 11 negara ASEAN dengan Thailand sebagai tuan rumah.

Malaysia menghantar kontinjen seramai 886 atlet yang akan bertanding dalam 38 jenis sukan.

Ayuh Malaysia, kita bangkit bersama!

Anda Mungkin Berminat