PETALING JAYA: Kualiti perkhidmatan dan kepakaran Institut Jantung Negara (IJN) menerima pujian daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pujian tersebut disampaikan secara peribadi ketika beliau menziarahi baginda sebelum berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan.
“Baginda menyatakan kepuasan terhadap mutu khidmat dan kecekapan doktor IJN walaupun mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika mempengerusikan Forum Ilmuan Malaysia Madani (FIMM) Siri 6 di Menara Prasarana, yang membincangkan isu pengangkutan awam dan kesejahteraan rakyat.
Antara panel forum ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Naib Canselor UPM Prof. Datuk Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan CEO Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah.
Baca juga: