Sultan Ibrahim Berangkat Ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-269 Di Istana Negara

KUALA LUMPUR: Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang berlangsung di Istana Negara.

Mesyuarat itu menjadi platform penting bagi Raja-Raja Melayu membincangkan isu-isu pentadbiran negara dan kedaulatan institusi diraja dalam semangat muafakat dan hormat-menghormati.

Pra-mesyuarat ini merupakan sebahagian daripada siri rundingan yang mendahului mesyuarat rasmi Majlis Raja-Raja yang akan berlangsung kelak.

Mesyuarat ke-269 kali ini dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Turut berangkat ialah YAM Tunku Idris Iskandar, mewakili DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor.

Mesyuarat ini dijangka membincangkan pelbagai perkara berkepentingan nasional serta memperkukuh semangat perpaduan antara negeri-negeri.

Anda Mungkin Berminat