Sultan Ibrahim Berkenan Sertai ‘Brisk Walk’ Bersama Warga Istana Negara

KUALA LUMPUR: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyertai program Brisk Walk bersama kira-kira 200 warga Istana Negara dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

Program anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) itu menyaksikan Seri Paduka Baginda berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer mengelilingi perimeter kawasan Istana Negara.

Aktiviti tersebut bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara Seri Paduka Baginda dengan kakitangan Istana.

“Seri Paduka Baginda berkenan berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer mengelilingi perimeter dalam kawasan Istana Negara,” menurut satu hantaran di media sosial baginda.

Turut serta dalam program pagi itu ialah pegawai dan kakitangan pelbagai jabatan termasuk pasukan keselamatan serta petugas pengurusan fasiliti Istana Negara.

Antara yang hadir termasuk Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Tan Sri Azmi Rohani, Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini serta Pengerusi KEKSIN, Zulkifly Yunus bersama beberapa pegawai kanan Istana Negara.

Anda Mungkin Berminat