Sultan Ibrahim Meriahkan Pameran Kereta Klasik VW di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menceriakan suasana pameran khas kereta klasik Volkswagen (VW) apabila baginda secara spontan meluangkan masa bersama para peminat dan pengunjung di Johor Bahru.

Baginda yang sedang menikmati santapan pagi berdekatan lokasi acara, baginda berangkat ke tapak pameran dan beramah mesra dengan orang ramai termasuk kanak-kanak yang teruja dengan kehadiran Seri Paduka.

Pameran ini menampilkan lebih 50 buah kereta klasik VW dari pelbagai model, hasil inisiatif Kumpulan VW Classickers Johor dan JKS Voltsvans Garage, di mana dua komuniti yang aktif dalam memelihara warisan serta keunikan kereta vintaj tempatan.

Kehadiran Sultan Ibrahim bukan sahaja menghidupkan lagi suasana, malah memberikan dorongan kepada pemilik kenderaan yang menjadikan pemotoran klasik sebagai hobi serta usaha melestarikan warisan automotif negara.

Baginda turut meluangkan masa meninjau beberapa kenderaan sambil berinteraksi dengan pemiliknya sambil menunjukkan sokongan terhadap komuniti peminat kereta klasik yang semakin berkembang di Johor.

Anda Mungkin Berminat