Agong jadi pemilik Hongqi L5 pertama di dunia

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mencatat sejarah apabila menjadi pemilik pertama di dunia menerima kenderaan kereta keluaran China, Hongqi L5.

Kereta tersebut merupakan keluaran FAW Group yang menampilkan rekaan gaya retro ini digunakan oleh pemimpin tertinggi China bagi acara kenegaraan serta diplomatik.

Dalam pada itu, baginda turut menerima menghadap Duta Besar China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing pada Jumaat.

Sesi menghadap tersebut bagi membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.

Baginda turut berkenan memberikan pandangan mengenai hala tuju hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dan keperluan untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang lebih luas.

Baginda juga berharap agar lebih banyak syarikat China akan melabur di Malaysia, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negara ini.

Selain itu, baginda turut berharap Malaysia menggunakan keupayaan uniknya untuk memanfaatkan dan meningkatkan jumlah dagangan, pertukaran teknologi serta turut mengembangkan eksport ke China.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut, Presiden FAW Hongqi Global, Wang Lingyu, bersama usahawan Tan Sri Lim Kok Thay dan Datuk Lim Chee Wah.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat