PETALING JAYA: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke tayangan khas filem ‘Legasi Bomba The Movie’ di Aurum Theater, The Gardens Mall, malam tadi.
Baginda tiba pada jam 8.30 malam dan disambut oleh produser filem, Tan Sri Datuk Seri Khalid Abu Bakar; penerbit bersama, Datuk Steven Lim; serta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Ts. Nor Hisham Mohammad.
Filem tersebut ditayangkan lebih dua jam dan Baginda berkenan meluangkan masa bertemu barisan pelakon serta kru produksi yang hadir.
Dalam titahnya, Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar filem ini mampu memberi gambaran sebenar mengenai jasa dan pengorbanan anggota bomba dalam menjaga keselamatan masyarakat.
“Pengorbanan wira merah wajar diangkat supaya rakyat lebih menghargai khidmat bakti mereka yang sentiasa bersedia tanpa mengira masa dan situasi,” titah Baginda.
Baginda turut menzahirkan keyakinan bahawa penghasilan filem ini mampu menyuntik semangat generasi muda untuk mengenali dan menyertai pasukan bomba.
Filem ‘Legasi Bomba The Movie’ dihasilkan sebagai penghargaan kepada peranan anggota JBPM dalam menangani kecemasan, bencana dan misi menyelamat di seluruh negara.
Baca juga:








