Sultan Selangor ucap tahniah atas prestasi kewangan terbaik kerajaan negeri

PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari atas kejayaan rekod pencapaian prestasi kewangan negeri Selangor.

Dalam sejarah negeri, prestasi kewangan mencatat jumlah RM2.867 billion iaitu satu jumlah tertinggi yang pernah dicapai.

Baginda bertitah, rizab negeri turut meningkat sebanyak RM517 juta dari RM3,614.04 juta pada 2023 kepada RM4,131.38 juta.

“Kerajaan beta menyasarkan pelaburan sebanyak RM50 billion tetapi berjaya menarik pelaburan sehingga RM66.75 billion dan telah membuka 50,222 peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan perusahaan utama.

“Prestasi ini telah menambahkan keyakinan dalam kelangan pelabur tempatan dan antarabngsan yang membolehkan pelaburan kerajaan beta melepasi sasaran keseluruhan tahun 2024,” titah baginda Ketika istiadat pembukaan siding Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS) penggal ketiga pada Selasa.

Sultan Sharafuddin menekankan kepentingan melaksanakan rancangan pembangunan yang memberikan manfaat langsung kepada rakyat dan bukan hanya berorientasikan keuntungan.

Sehubungan dengan itu, baginda juga mengingatkan tentang pentingnya langkah proaktif dalam menghadapi musibah bencana seperti banjir dan tanah runtuh.

“Beta ingin melihat Rancangan Tebatan Banjir oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berjumlah RM1.774 billion disegerakan.

“Kita tidak boleh melengahkan masa dalam menggerakkan usaha-usaha mitigasi banjir kerana ia boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat serta kerajaan negeri,” titah baginda.

Anda Mungkin Berminat