Suria FM saji program hiburan menarik sepanjang Syawal

Stesen radio popular, Suria FM optimis dalam menyajikan pelbagai pengisian menarik sepanjang sambutan Aidilfitri menerusi variasi segmen sempena tema mereka tahun ini, Raikan Yang Dirai.

Pengisian menarik merangkumi program hiburan seperti Carta Suria Top 40 Raya, Morning Morning Suria Raya, Lagu Raya Suria 2024 bertajuk Lebaran Menjelma serta muzik video runut bunyi telefilem lakonan barisan penyampai, Nak Suami Raya.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, bulan Ramadan banyak mengajar tentang erti bersyukur dan bersabar dalam menempuh ujian, manakala Syawal pula meraikan kegembiraan dan keharmonian.

“Marilah kita raikan kedatangan Syawal ini dengan penuh kesyukuran, keriangan dan kegembiraan sambil menikmati seleksi program hiburan menarik Suria FM yang bakal disajikan buat para pendengar.

“Kami dari sekeluarga Suria FM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua dan semoga lebaran tahun ini membawa kegembiraan buat semua pendengar Suria,” kata DJ Lin dalam satu kenyataan.

Selain DJ Lin, Suria FM turut diserikan dengan kehadiran penyampai radio popular lain iaitu Datuk Fizz Fairuz, Chiwan, Fai Hassan, Ajak, Suraya Borhan, Sharifah Shahirah dan Feeya Iskandar.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat