SHAH ALAM: Pemandu lelaki yang berdepan detik cemas insiden tembakan di Setia Alam Sabtu lalu tampil menceritakan pengalaman mendebarkan dia dan keluarganya.
Katanya, selama 45 minit dalam kereta bersama lelaki itu yang mengacu pistol dan mengarah beredar dari pusat beli-belah di Setia Alam pada hari kejadian antara yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
“Saya tercengang. Lelaki itu (suspek) turut melepaskan tembakan ke arah dinding untuk menunjukkan itu pistol betul,” katanya memetik Harian Metro pada Isnin.
Pemandu Perodua Ativa berusia 30-an yang enggan dikenali itu menambah perasaan terkejutnya apabila suspek tiba-tiba muncul di kawasan parkir dan mengacukan pistol ke arah mereka.
Menceritakan dia dan isteri isteri bersama empat anak mereka makan di restoran pusat beli-belah terbabit sebelum keadaan tiba-tiba bertukar kecoh.
“Pengawal keselamatan mengarahkan kami segera keluar. Waktu itu, kai tidak tahu apa sebenar berlaku.
“Saya segera membawa ahli keluarga keluar dan ketika hendak ke tempat parkir, terdengar bunyi letupan. Saya ingatkan ia bunyi biasa, rupa-rupanya bunyi tembakan pistol.
“Masa itu nampak banyak kereta bergerak laju. Ketika kami sekeluarga nak masuk ke dalam kereta, secara tiba-tiba lelaki itu (suspek) muncul dan mengacukan pistol,” katanya.
Katanya, mereka diarah masuk ke dalam kereta manakala suspek masuk ke tempat duduk belakang.
“Saya minta dia simpan pistol supaya anak-anak tidak takut. Lelaki itu (suspek) mengarahkan saya ke laluan keluar sebelum turun di tepi lebuh raya.
“Dia berada dalam kereta kira-kira 45 minit dan sebelum menghilangkan diri, dia mengambil kad memori pada dashcam (kamera papan pemuka) kereta,” katanya.
Media melaporkan, polis mengenal pasti suspek kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam, malam kelmarin sebagai lelaki tempatan yang mempunyai 11 rekod kesalahan lampau berkait jenayah dan dadah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata, suspek berkulit cerah dan berusia lingkungan 30-an.
“Dia dikenal pasti hasil risikan polis dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Kita sedang giat memburunya,” katanya.
Baca juga: