Suspek kes tembak di KLIA direman di Kota Bharu hari ini

Lelaki yang terbabit dalam kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada Ahad lalu akan direman hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, perincian mengenai tangkapan suspek yang dibuat oleh pihak polis itu akan dimaklumkan dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Shuhaily bagaimanapun tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai suspek yang ditahan di Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 3 petang Isnin.

“Hari ini kita akan proses dulu (soal siasat) suspek yang kita tahan tadi dan dia berada dalam keadaan sihat.

“Setelah polis selesai kumpul semua maklumat ke atas suspek, barulah kami akan buat sidang media pada 9 pagi esok (Selasa) di sini,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Isnin.

Susulan itu, beliau meminta semua pihak memberikan ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Terdahulu suspek yang dikenali sebagai Hafizul Marawi, 38, dilaporkan ditahan di Kota Bharu selepas melarikan diri selama kira-kira 36 jam sejak cuba menembak isterinya di KLIA.

Bagaimanapun tembakan tersebut terkena seorang daripada dua pengawal peribadi wanita terbabit yang menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.

Hafizul kemudian melarikan diri dari lapangan terbang berkenaan dan pihak polis segera menjalankan usaha menjejak sehingga berjaya memberkasnya

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat