Sebuah syarikat pembuatan dan pembekal bahan kimia telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret, Jawi, Pulau Pinang selepas mengaku bersalah di atas dua pertuduhan pada Rabu.
Sehubungan itu, dua pertuduhan tersebut adalah mengikut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013 (Peraturan CLASS).
Kesalahan di bawah peraturan itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam masa sama, Majistret Nurul Aina Ahmad telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan kepada GB Chemical (M) Sdn Bhd.
Pertuduhan dijatuhkan berikutan syarikat berkenaan sebagai pembekal utama bahan kimia telah gagal untuk melakukan pengelasan bahan kimia berbahaya dan gagal mengemukakan inventori bahan kimia kepada Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan (JKKP) tidak lewat daripada 31 Mac 2023.

Selain itu, syarikat GB Chemical (M) Sdn Bhd tidak diwakili oleh mana-mana peguam telah mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan oleh Majistret.
Walaubagaimanapun, JKKP Pulau Pinang berharap agar kes tersebut dapat memberi pengajaran kepada semua majikan dan pekerja supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan mengambil berat keselamatan pekerja dan kepentingan awam.
Baca juga: