Syasya Rizal selamat bersalin bayi lelaki

Oleh: Hanim Nadia

BEKAS anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal selamat melahirkan anak pertama yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.

Syasya atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, berkata dia menganggap kehadiran cahaya matanya itu sebagai nikmat tidak ternilai.

“Pada awal tahun ini, saya memohon kepada ALLAH untuk kehidupan yang penuh cinta dan tujuan.

“Sebagai balasannya beginilah cara kami mengakhiri tahun kita.

“Alhamdulillah, rezeki dan amanah terbesar buat mama dan baba Muhammad Yassir Hayyan,” katanya berkongsi perkara itu menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram pada Isnin.

Hantaran Syasya tentang kelahiran permata hatinya itu menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan warga maya.

Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 21 April lalu selepas mengundurkan diri dari kumpulan Dolla.

Pada September lalu, Syasya berkongsi khabar gembira memaklumkan sedang hamil cahaya mata pertama.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat