PUTRAJAYA: Kanak-kanak autisme di seluruh negara bakal mendapat akses pendidikan awal yang lebih tersusun apabila Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan penubuhan sebuah tabika khas di setiap daerah menjelang 2027.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha itu bermula dengan pembinaan tiga tabika khas di Melaka tahun ini, sebelum diperluas ke setiap negeri pada 2026.
“Menjelang 2027, kita pastikan setiap daerah mempunyai sebuah tabika autisme, insya-Allah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW di Putrajaya, hari ini.
Beliau menjelaskan, inisiatif ini akan menjadi antara fokus utama KKDW yang dibincangkan dalam sesi libat urus Belanjawan 2026 pada Khamis.
Selain pembangunan tabika khas, KKDW turut memperkukuh program Tabika KEMAS Pra Tahfiz serta memperkasa sektor TVET di bawah agensi seperti MARA dan Lembaga Kemajuan Wilayah.
Baca juga:








