Tabung Haji minta bakal jemaah sedia lebih awal

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan bakal jemaah haji musim 1447H/2026M supaya membuat persediaan lebih awal bagi melayakkan diri menerima tawaran ibadah haji.

Antara aspek utama yang ditekankan ialah kesihatan, kewangan, kemas kini maklumat peribadi, pengurusan diri serta penambahan ilmu fardu ain dan haji.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, peringatan awal dikeluarkan susulan pengalaman musim haji terdahulu yang menyaksikan ramai jemaah gagal menerima tawaran disebabkan masalah kesihatan dan kekurangan simpanan.

“Persediaan rapi amat penting kerana ibadah haji menuntut kemampuan fizikal, rohani dan kewangan. Langkah awal ini diharap bantu bakal jemaah membuat persiapan secukupnya.

“Jemaah disarankan menyimpan sekurang-kurangnya RM15,000 di TH, iaitu kadar bayaran haji yang ditetapkan bagi golongan B40 untuk tahun 2025,” katanya.

Dalam pada itu, bakal jemaah digalakkan menjaga kesihatan sejak awal termasuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi meningkatkan daya tahan tubuh.

“TH meminta jemaah menyemak giliran haji melalui aplikasi THiJARI serta mengemas kini maklumat diri bagi memudahkan urusan komunikasi” katanya lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat