‘Tahun 2026 Bakal Jadi Luar Biasa’ – Elon Musk

MAR-A-LAGO, FLORIDA: Elon Musk sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila berkongsi gambar makan malam eksklusif bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Wanita Pertama, Melania Trump.

Dalam ciapan ringkas di platform X, Musk menulis: “Menghadiri makan malam yang indah malam tadi bersama @POTUS (Trump) dan @FLOTUS (Melania).

“Tahun 2026 bakal menjadi luar biasa!” katanya.

Gambar yang dikongsi menunjukkan Musk duduk bertentangan dengan pasangan presiden dalam suasana santai, dikelilingi dekorasi mewah dan lampu berharga selain kelihatan beberapa individu lain.

Terdahulu, Musk dilaporkan mula menyumbang kepada calon Republikan menjelang pilihan raya pertengahan penggal 2026, menandakan sokongan terbuka terhadap pentadbiran Trump.

Dalam kenyataan susulan, beliau berkata, “Amerika akan musnah jika golongan kiri radikal menang,” katanya.

Musk turut memuji kejayaan operasi ketenteraan Amerika Syarikat yang menahan Presiden Venezuela, Nicolás Maduro dengan menyifatkannya sebagai ‘a win for the world” (satu kemenangan untuk dunia).

Hubungan antara Musk dan Trump pernah tegang, namun pertemuan itu menunjukkan ikatan mereka kini kembali pulih.

Anda Mungkin Berminat