Tamparuli, Pantai Dalit Jadi Tumpuan: Pertembungan Hingga 13 Penjuru Warnai PRN Sabah

TUARAN: Pertembungan sengit menanti dua kerusi tumpuan di Parlimen Tuaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli dan Kiulu apabila masing-masing menyaksikan persaingan 13 dan lapan penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Tamparuli: 13 Penjuru

Di DUN Tamparuli, bekas pensyarah kanan universiti, Dr Bonaventure Boniface mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menggantikan penyandang Datuk Jahid Jahim.
Beliau berdepan saingan hebat termasuk Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau (UPKO).

Turut mencabar ialah:

  • Jinitoh Sontori (STAR)
  • Julia Ongkili (Parti Impian Sabah)
  • Lee Han Kyun @ Joseph Lee (Warisan)
  • Dr Gaim James Lunkapi (KDM)
  • Arthur Erik Lee (Parti Anak Negeri)
  • Aliusus Sipil (Parti Rumpun)

Lima calon Bebas turut menyertai perlumbaan:
Vun Yun Fook, Samson S. Koroh @ Razali Suffian, Johan Jahid, Andrew Mali dan Raymond Alfred @ Jenry.

Kiulu: 8 Penjuru

Penyandang Datuk Joniston Bangkuai (GRS) mempertahankan kerusi Kiulu menentang tujuh pencabar.

Antara yang mencabar beliau ialah:

  • Terence Sinti (STAR)
  • Niyky @ Niky J. Bosikol (Parti Impian Sabah)
  • Joisin Romut (UPKO)
  • Saibin Gunsari (Warisan)
  • Henry Saimpon (KDM), bekas pemain bola sepak
  • Trevor Kenneth Maringking (Parti Anak Negeri)
  • Dusi Gingging (PKS)

Pada PRN16, Joniston menang dengan majoriti 1,221 undi, manakala Jahid mengekalkan Tamparuli dengan majoriti 3,517 undi.

Pantai Dalit: 7 Penjuru

DUN Pantai Dalit turut mencuri perhatian apabila menyaksikan pertandingan tujuh penjuru. Penyandang Datuk Jasnih Daya (GRS) berdepan cabaran daripada:

  • Datuk Aliasgar @ Ali Ashgar Basri (Warisan)
  • Liam Tawil (Parti Impian Sabah)
  • Mohd Zulkernain Osman (PN)
  • Jaesman @ Jaess Gipin (KDM)
  • Francis Fahir (STAR), bekas penyampai berita
  • Alfian Sambas (BN)

Jasnih sebelum ini menang dengan majoriti 3,794 undi pada PRN 2020.

Senarai calon disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Tuaran, Ibrahim Terki. Tempoh berkempen bermula sebaik sahaja proses pengesahan selesai dan akan berlangsung selama 14 hari sehingga 28 November, 11.59 malam.

Seramai 1,784,843 pengundi layak menunaikan tanggungjawab dalam PRN kali ini, melibatkan pengundi biasa, anggota tentera dan polis serta pasangan masing-masing.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat