Tangani islamfobia antara topik bersama komuniti Islam Itali – Anwar

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen Malaysia dalam usaha memarbatkan agama Islam dengan nilai kesederhanaan, toleransi, keharmonian pendidikan, dakwah serta kerjasama antarabangsa dengan komuniti Islam di Itali.

Anwar memaklumkan pertemuannya bersama Naib Presiden Persatuan Komuniti Islam Itali (COREIS), Imam Yahya Pallavicini dan Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali Masjid Besar Rom, Abdellah Redouane.

“Pertemuan ini memberi ruang untuk kami berbincang dan bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh pembangunan ummah, termasuk menangani isu Islamofobia secara bijaksana dan berhemah,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di sekitar kawasan itu dengan penyerahan senaskhah Al-Quran edisi khas serta 10 lagi naskhah terjemahan dalam bahasa Itali sebagai simbol persaudaraan dan penyebaran ilmu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan siri lawatan ke tiga buah negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil bermula Selasa, 1 Julai 2025.

Beliau akan memulakan lawatan rasmi ke Rom, Itali selama tiga hari atas jemputan rakan sejawat beliau, Giorgia Meloni, yang juga lawatan pertama beliau ke negara itu sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat