Tanggungjawab individu lebih penting berbanding garis panduan – Lee Lam Thye


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Tan Sri Dr Lee Lam Thye mendakwa garis panduan untuk melawat rumah ibadat tidak wajar dibuat malahan ia bergantung kepada tanggungjawab individu itu sendiri.

Walaupun kontroversi, beliau mengakui bahawa masyarakat sendiri hanya perlu memahami sensitiviti dan menghormati antara satu sama lain.

“Ia sememangnya satu perkara yang penting. Saya juga rasa hormat menghormati antara orang Islam dan bukan Islam, sememangnya tidak menjadi satu isu.

“Sekiranya mahu buat garis panduan, ini akan menimbulkan masalah. Mungkin pihak tertentu akan beranggapan itu sebagai satu sekatan terhadap mereka.

“Negara Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan selama 67 tahun, selama ini dapat mengekalkan keharmonian antara agama.

“Kalau membawa kepada isu garis panduan itu, sama sekali saya rasa ia sebagai sesuatu yang tidak perlu dibuat sebagaimana yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” akuinya sewaktu dihubungi Malaysia Bangkit pada Sabtu.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai garis panduan itu sama sekali masuk dek akal, relevan dan berpatutan.

Ia dianggap sebagai satu tindakan yang lebih matang dan wajar dipraktikkan oleh semua masyarakat di Malaysia, ke arah mencapai keharmonian antara kaum, agama dan semua rakyat, selaras dengan prinsip rukun negara.

Dalam masa sama, ujarnya, garis panduan yang mencetuskan respon negatif terutama dalam kalangan masyarakat beragama Islam itu perlulah dibuat dengan perbincangan lebih mendalam bersama semua anggota kabinet.

Baru-baru ini, Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil inisiatif mewujudkan garis panduan kepada umat Islam tentang jemputan ke majlis anjuran masyarakat bukan Islam yang mungkin melibatkan unsur-unsur keagamaan.

Pada 7 Februari, Jemaah Menteri bersetuju JAKIM untuk memberi nasihat bagi menjaga akidah dan bukannya bersifat dasar.

Susulan itu, Anwar mengakui bahawa setiap setiap dasar yang dirangka perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat