Tarif timbal balas: AS-China bakal berunding bagi redakan perang perdagangan

Oleh: Tyah Helmi

WASHINGTON,DC : Dua negara gergasi dunia, Amerika Syarikat (AS) dan China bakal bertemu bagi memulakan rundingan bagi meredakan ketegangan dalam perang perdagangan yang menjadi kemelut utama sehingga memberi impak kepada ekonomi dunia.

Memetik BBC News, Kementerian Luar Negeri China melaporkan, Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng akan menghadiri rundingan secara langsung di Switzerland dari 9 hingga 12 Mei ini.

Manakala untuk pihak Amerika Syarikat (AS) pula akan diwakili oleh Setiusaha Perbendaharaan, Scott Bessent serta Wakil Perdagangan AS (USTR), Jamieson Greer.

Sejak kembalinya, Presiden AS Donald Trump di White House, beliau telah memperkenalkan tarif timbal balas yang baharu ke atas barangan China yang meningkat sehingga 145 peratus di Beijing sehingga tanah besar China itu membalas balik dengan menaikkan jumlah tarif ke atas AS sebanyak 125 peratus.

Kata BBC, penganalisis perdagangan di peringkat global meramalkan rundingan antara AS-China itu bakal memakan masa lebih daripada beberapa bulan.

Dalam satu tmu bual bersama Fox News, Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent berkata beliau berharap sistem ekonomi antarabangsa dapat diimbanglkan semula agar ia lebih menguntungkan kepentingan AS.

“Saya berpendapat ini adalah tentang meredakan ketegangan, bukan mengenai perjanjian perdagangan besar buat masa ini. Kita perlu meredakan ketegangan sebelum boleh bergerak ke hadapan,” katanya dalam satu temu bual bersama Fox News.

Pada perkembangan yang sama, Jurucakap Kementerian Perdagangan China memaklumkan pada hari ini bahawa “Jika AS ingin selesaikan isu melalui rundingan, ia perlu mengakui kesan negatif yang lebih serius daripada langkah tarif unilateral terhadap dirinya dan dunia.”

Dalam pada itu, media rasmi China melaporkan, pihaknya membuat keputusan untuk berunding dengan AS setelah mempertimbangkan beberapa perkara yang termasuk mengenai jangkaan global, kepentingan negara dan gesaan daripada syarikat-syarikat AS.

“China bersedia untuk berunding, namun menegaskan bahawa jika rundingan gagal dan perang perdagangan diteruskan, China akan terus berjuang hingga ke penghujung,” ujar laporan media rasmi China itu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat