Syarikat persendirian, FGP Ventures Sdn Bhd dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM25,000 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas kesalahan pengumpukan syer keutamaan, Islamic Redeemable Preference Share (iRPS) dan menawar syer tersebut kepada orang awam.
Hakim Mahkamah Sesyen, Norina Zainol Abidin membuat keputusan tersebut terhadap tertuduh yang diwakili oleh peguam bela, Muhammad Hasif Ghazali.
Tindakan kompaun tersebut adalah tertakluk dibawah Seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016 yang menyatakan ia menjadi satu kesalahan apabila mana-mana syarikat persendirian menurut syer membuat pengumpukan syer keutamaan tanpa perlembagaan syarikat.
Kesalahan tersebut bermula dipertuduhkan kepada syarikat berkenaan dan pengarahnya, Khemlani Satesh pada 28 November tahun lalu.
“Syarikat tersebut membuat penawaran syer iRPS kepada orang awam dengan mendepositkan wang kepada syarikat bagi tempoh yang ditetapkan dengan jaminan faedah mengikut terma yang dipersetujui.
“Ia menjadi kesalahan kerana sebuah syarikat persendirian dilarang menawarkan syer syarikat kepada orang awam dan membuat pengumpukan (allotment) syer tersebut tanpa mempunyai peruntukan dalam perlembagaan syarikat,” kata kenyataan yang dikeluarkan SSM pada Ahad.
Dalam pada itu, SSM turut mengingatkan orang ramai untuk tidak menerima tawaran iRPS daripada syarikat persendirian untuk tidak melanggar undang-undang yang sudah dikawal selia oleh SSM.
Baca juga: