Oleh : Aliyaa Azmi
PENYANYI popular Hael Husaini dan Nadeera mencetuskan fenomena apabila teaser lagu raya terbaharu mereka berjaya meraih 5.3 juta tontonan di aplikasi TikTok.
Hael memberi bayangan bahawa lagu berjudul Meriah Lain Macam itu akan dilancarkan pada 7 Mac 2025 menerusi akaun nya di TikTok.
Peminat menunjukkan keterujaan tinggi terhadap kolaborasi ini, memandangkan kedua-dua artis pernah tampil bersama dalam persembahan hebat di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Hael, yang terkenal dengan lagu-lagu hit seperti Jampi dan Haram, sekali lagi membuktikan daya tarikannya dalam industri muzik tanah air.
Sementara itu, Nadeera semakin mendapat tempat di hati peminat selepas persembahan mantapnya di AJL39.
Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen di TikTok dengan pujian, selain tidak sabar menantikan versi penuh lagu raya ini.
Baca juga: