Tehran adakan upacara besar sebelum pengebumian Ayatollah Khamenei di Mashhad

TEHRAN: Jenazah pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, akan disemadikan di kota Mashhad, menurut laporan agensi berita Fars semalam.

Khamenei, yang menerajui Iran selama 36 tahun, dilaporkan terbunuh pada usia 86 tahun ketika gelombang serangan melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada Sabtu lalu.

Allahyarham yang berasal dari Mashhad, bandar kedua terbesar di Iran akan dikebumikan berhampiran makam Imam Reza, lokasi persemadian bapanya.

Sebelum itu, satu upacara penghormatan terakhir berskala besar dijadual berlangsung di Tehran, menurut kenyataan Pengawal Revolusi menerusi akaun Telegram rasmi mereka.

Bagaimanapun, tarikh rasmi pengebumian belum diumumkan.

Susulan kematian Khamenei, kuasa pentadbiran diserahkan kepada sebuah majlis sementara yang dianggotai tiga individu sehingga Dewan Pakar melantik pemimpin tertinggi yang baharu.

Majlis sementara itu terdiri daripada presiden, ketua badan kehakiman serta seorang ahli perundangan daripada Majlis Penjaga, badan yang bertanggungjawab menyelia proses perundangan dan menilai kelayakan calon pilihan raya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat