KKM singkat tempoh rawatan pesakit kanser

Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim komited untuk menutup jurang penjagaan kesihatan kanser di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia bagi memastikan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada rawatan yang berkualiti dan adil.

Menurutnya, tempoh menunggu bagi rawatan pesakit kanser di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil tempoh masa selewat-lewatnya selama sebulan.

“Bagaimanapun sekiranya pesakit itu dikenal pasti berdepan kecemasan rawatan akan dilakukan dengan segera.

“Ia bergantung kepada agensi perubatan KKM yang terbabit dan kes dilaporkan kerana jika terlalu gawat dan memerlukan pembedahan,” katanya.

Belia berkata, KKM telah mengambil langkah konkrit melalui Pelan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser 2021-2025.

“Saya percaya, melalui kerjasama dan dedikasi kita semua, kita akan dapat merapatkan jurang penjagaan kanser.

“Sumbangan anda sangat berharga dan saya yakin, dengan kerjasama ini, kita akan dapat mewujudkan masyarakat yang lebih sihat dan berpengetahuan dalam memerangi kanser,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Dr Dzulkefly hadir pada pada Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia di Universiti Cyberjaya, pada Sabtu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat