PETALING JAYA: Bermula hari ini (31 Ogos), setiap warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas boleh mula berbelanja Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 di 4,500 kedai terpilih di seluruh negara menerusi Mykad.
Dalam satu kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) mengingatkan semua pemegang MyKad adalah penerima SARA ‘one off’ yang boleh membeli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara.
“Tenang, baki anda tidak hilang, boleh guna bermula 31 Ogos sehingga 31 Disember 2025.
“Sekiranya masih ada baki selepas digunakan, jumlah tersebut boleh dibawa ke bulan berikutnya,” kata kenyataan tersebut.
Untuk rekod, SARA ialah bantuan tunai yang diberikan oleh Kerajaan dan boleh dibelanjakan di lebih 4,500 kedai di seluruh negara, contohnya macam Giant, Mydin, HeroMarket dan banyak kedai lain.
“Kedai runcit “Pak Mat” pun ada!
“Barang yang boleh beli ada 14 kategori yang meliputi 90,000 barangan. Memang banyak. Contoh, beras, telur, roti, minyak masak, pampers, panadol, alat tulis, sabun mandi dan sebagainya.
“Nak tahu apa yang paling ‘best’? Tunjuk MyKad je untuk beli barang di bawah SARA. Mudah kata, ‘cashless’! Kalau tak habis guna, jangan risau baki tak ‘expired’. Boleh guna sehingga 31 Disember 2025,” kata kenyataan itu lagi.
Baca juga: