Terbengkalai 12 tahun, PM arah Sekolah Sukan Malaysia Perlis disegerakan

KANGAR: Perdana Menteri mengarahkan projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis yang terbengkalai sejak 12 tahun lalu segera diserahkan kepada syarikat kerajaan yang berkeupayaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia termasuk pembinaan semula Sekolah Kebangsaan Chuping pada tahun ini.

“Dalam mesyuarat ini, saya tegaskan negara mesti membina kekuatan dalaman dan daya tahan ekonomi untuk menghadapi ketidaktentuan geopolitik, termasuk kesan dasar tarif Amerika Syarikat.

“Jentera Kerajaan di semua peringkat perlu segera mempercepatkan kelulusan dan pelaksanaan projek tanpa lagi dibelenggu kerenah birokrasi.

“Saya arahkan agensi-agensi memperketat pemantauan projek, dan tidak teragak-agak menghukum pihak yang melengahkannya hingga menjejaskan rakyat,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Perlis bersama Menteri Besar dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri serta Persekutuan. 

Tambahnya, mesyuarat itu turut membangkitkan pembangunan pelabuhan Sanglang dan naik taraf kolam takungan banjir Chuping.

“Jentera Kerajaan Persekutuan dan Negeri harus berani berfikir di luar kerangka lama untuk memecah kebuntuan, mempercepat penyelesaian masalah rakyat, dan membina benteng ekonomi yang berdaya tahan, sekali gus mengangkat martabat rakyat dan negara di persada dunia,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat