PHNOM PENH: Thailand dan Kemboja hari ini bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta bermula jam 12 tengah hari waktu tempatan.
Persetujuan itu dicapai bagi menamatkan pertempuran di sempadan kedua-dua negara yang berlarutan sejak awal Disember lalu.
Keputusan tersebut dibuat selepas rundingan selama tiga hari antara Thailand dan Kemboja susulan ketegangan yang semakin memuncak.
Menurut kenyataan bersama Jawatankuasa Khas Sempadan Am (SGBC), kedua-dua negara bersetuju menghentikan semua bentuk serangan. Ini termasuk serangan terhadap orang awam, infrastruktur awam dan sasaran ketenteraan.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Thailand bersetuju memulangkan 18 anggota tentera Kemboja yang ditahan sekiranya gencatan senjata berkenaan kekal selama sekurang-kurangnya 72 jam.
Kedua-dua pihak juga bersetuju membenarkan penduduk yang berpindah akibat konflik kembali ke kediaman masing-masing di kawasan sempadan terjejas.
Baca juga:








