Tiada Ejen Dilantik Urus Pendaftaran Syarikat ePerolehan – MOF

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MOF) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa ia telah melantik mana-mana ejen atau individu sebagai pemudah cara untuk menguruskan pendaftaran syarikat dalam sistem ePerolehan (eP), sama ada dengan bayaran atau caj tertentu.

Dalam satu kenyataan rasmi pada Khamis, MOF berkata, semua urusan berkaitan pendaftaran syarikat mestilah dilakukan secara langsung melalui sistem eP tanpa penglibatan mana-mana pihak ketiga.

“Hanya individu yang diisytiharkan dalam sistem eP dibenarkan berurusan bagi pihak syarikat masing-masing.

“Mana-mana pihak yang mendakwa sebagai ejen rasmi kementerian untuk memproses pendaftaran atau mempercepatkan kelulusan dengan bayaran tambahan adalah tidak sah dan menyalahi peraturan,” menurut MoF.

Kementerian turut mengingatkan orang ramai dan para pembekal agar sentiasa berwaspada serta tidak mudah terpedaya dengan tawaran perkhidmatan luar yang menggunakan nama MoF atau ePerolehan secara tidak sah.

Anda Mungkin Berminat