Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyuarakan agar pihak berwajib memainkan peranan masing-masing bagi memastikan pasukan Liga Malaysia (Liga M) dan negeri dalam memastikan keadaan padang berada pada tahap
Tunku Ismail turut menjadikan padang rumput Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai contoh yang mana tidak berlakunya takungan air atau lecak sekiranya bermain dalam keadaan hujan.
Katanya, untuk mendapatkan keadaan padang rumput begitu memerlukan sistem perparitan yang teratur agar tidak menjejaskan mutu permainan pasukan.
“Tiada lecak, tiada takungan air. Sistem perparitan terbaik!,” katanya dalam satu kenyataan di X.
Malah, beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap saingan Liga M musim hadapan yang akan berlangsung pada musim hujan.
“Soalan saya kepada MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) memandangkan Liga M akan berjalan ketika musim hujan atau monsun bermula musim hadapan. Adakah kami akan bermain atas sawah padi di stadium lain?
“Inilah sebab pentingnya mempunyai padang permainan dan sistem perparitan yang bagus. Sudah sampai masa semua pasukan dan negeri memperbaiki padang stadium masing-masing,” katanya.
Perkara itu bukan kali pertama disuarakan oleh TMJ yang mempersoalkan mengenai kualiti padang di stadium bola sepak di negara ini lebih-lebih lagi apabila dijadikan sebagai gelanggang rasmi pasukan Liga M.
Baca juga: