Tiada perkembangan baharu kes pembunuhan Zayn Rayyan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan tiada perkembangan baharu terhadap kes pembunuhan kanak-kanak berumur 6 tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember tahun lalu.

Biarpun tiada petunjuk baharu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin bagaimanapun tetap menegaskan bahawa siasatan terhadap kes tersebut tidak pernah dihentikan.

“Pihak polis masih meneruskan dan tidak akan menghentikan siasatan terhadap kes ini.

“Sekiranya ada perkembangan terbaharu, pihak PDRM akan berkongsi kepada semua namun setakat ini masih tiada lagi perkembangan yang terbaharu,” katanya pada Isnin

Beliau menjawab demikian ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan kes tersebut yang sudah memasuki tempoh sebulan sejak insiden itu berlaku lapor Berita Harian.

Memetik laporan media, sebelum ini Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima maklumat secara umum daripada Polis Antarabangsa (Interpol) setelah meminta bantuan parti tersebut pada 23 Disember lalu.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut melibatkan kes Zayn Rayyan dan berusaha mencari petunjuk baharu,” tambahnya.

Zayn Rayyan dipercayai dibunuh selepas ditemukan dalam keadaan terbaring di anak sungai berhampiran Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor, pada 6 Disember lalu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat