Tiada tolerasi, KPDN akan ambil tindakan tegas import kurma Israel dalam negara

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) akan mengambil tindakan yang tegas mengenai penukaran label dan kotak kurma yang berasal dari Israel dijual di pasaran tempatan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan dagangan palsu di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

Dalam pada itu, Armizan juga memaklumkan bahawa Jabatan Kastam Diraja telah merampas 73 pek buah kurma jenama Organic Jumbo Medjool Dates yang dipercayai merupakan keluaran Israel di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an dipercayai pemilik perniagaan berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

“Pihak KPDN juga akan terus membuat pematauan di pasaran mengenai isu kurma keluaran Israel ini untuk kekal dengan pendirian negara yang memboikot dan menyekat perdagangan dan ekonomi dengan negara haram tersebut,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Rosol Wahid mengenai tindakan KPDN terhadap kurma produk Israel.

Armizan turut menasihatkan pengguna berhati-hati dalam memilih produk di pasaran dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai isu berkenaan berani tampil membuat aduan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat