Oleh Nadhirah Akmam
PETALING JAYA: Membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bukan mudah namun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya 18 parti tanpa krisis besar.
Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan menyifatkan Perdana Menteri layak diberikan penghargaan kerana kejayaannya dan ia bukan mudah dalam landskap politik yang berpecah.
Memasuki tahun ketiga pentadbiran, tiada tanda-tanda wujud usaha menjatuhkan kerajaan baik dari blok kerajaan mahupun pembangkang, sekali gus ia membuktikan kestabilan politik semakin kukuh.
Katanya lagi, keadaan itu membolehkan kerajaan menumpukan sepenuh perhatian kepada agenda pembangunan rakyat.
“Pertama sekali adalah perlu ucap terima kasih kepada Perdana Menteri kerana berjaya mengumpulkan 18 parti untuk membentuk kerajaan persekutuan,” katanya ketika dihubungi Malaysia Bangkit untuk mengulas pencapaian Kerajaan Perpaduan pada Isnin.
Azmi juga menegaskan kerajaan Madani tidak bersikap populis dalam membuat keputusan dasar. Menurutnya, langkah rasionalisasi subsidi diesel dan petrol adalah keputusan berani untuk meningkatkan kedudukan fiskal negara.
“Saya melihat kejayaan utama kerajaan adalah tidak cuba menjadi popular, sebaliknya membuat dasar untuk kepentingan rakyat sekarang dan masa hadapan,” katanya.
Hari ini, genap tiga tahun pentadbiran Anwar sebagai Perdana Menteri dan banyak kejayaan menyusulinya termasuk di peringkat antarabangsa.
Baca juga:








