Kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita Malaysia dengan 1:19 penduduk wanita Malaysia berisiko mendapatkan kanser ini.
Susulan itu, ramai diantara mereka yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual produk kesihatan sebagai rawatan alternatif bagi merawat kanser.
Naib Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Naliza Fahro Rozi, berkongsi pengalaman beliau menerusi sebuah program bual bicara Kongsi Kisah di siaran Youtube Malaysia Bangkit.

Menurut Naliza, sejak di diagnosis kanser payudara pada Februari 2020, beliau tidak pernah mencari mahupun mendapatkan rawatan alternatif sebagai rawatan utama untuk merawat kanser.
“Banyak yang datang untuk menjual dan ceritakan kebaikan ambil ubat ini, minum air itu tapi saya tak berminat.
“Saya hanya menggunakan rawatan konvensional yang disarankan oleh pakar perubatan di hospital,” ujarnya kepada Malaysia Bangkit.
Menurutnya, beliau serik kerana ibunya sendiri turut menghidap kanser namun merahsiakan tahap kesihatan lalu memilih rawatan alternatif dan tradisional untuk merawat kanser.
“Saya terkilan, kecewa, sedih sebab arwah ibu saya memang percaya dengan rawatan alternatif yang di cadangkan oleh beberapa kenalan rapatnya.
“Bila saya ajak ke hospital untuk buat rawatan, dia memang berkeras taknak juga sebab sakit,” katanya lagi.
Tambah Naliza, harga ubat untuk rawatan alternatif sekitar RM700 untuk sebulan.
Walaupun kos rawatan konvensional di hospital untuk rawatan kanser payudara Naliza menelan kos lebih RM700,000, namun beliau bersyukur kerana mendalat sokongan dari suami dan ahli BCWA.
Baca juga: