Tiga maut, enam cedera nahas kereta bertembung di Perak

Satu kemalangan telah berlaku dipercayai melibatkan tiga orang maut dan enam lagi cedera nahas dua kereta di Kilometer 262.5 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Changkat Jering baru-baru ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.11 malam berhubung kemalangan tersebut yang melibatkan kereta jenis Perodua Bezza dan Honda City.

”Penumpang yang berada di dalam kereta jenis Honda City merupakan seorang wanita dan disahkan maut di tempat kejadian.

”Manakala, pasangan suami isteri yang berusia 37 dan 36 tahun yang berada di dalam kenderaan Perodua Bezza juga disahkan meninggal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa yang disahkan maut oleh petugas kesihatan yang hadir ke tempat kejadian akan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

”Enam lagi mangs yang mengalami kecederaan iaitu lima kanak-kanak dan seorang wanita pula telah dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat