KUALA LUMPUR: Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara, berhampiran susur keluar Balakong, awal pagi tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.57 pagi.
Sepasukan 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang telah ditugaskan ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah kereta jenis Toyota Vios telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Tiga lelaki dewasa ditemui tersepit di dalam kenderaan tersebut.
Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira satu jam sebelum ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan.
Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas ambulans dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Baca juga: