Tiga Rumah Musnah Terbakar di Kampung Melayu Wira Damai

GOMBAK: Tiga buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Melayu Wira Damai, melibatkan lima keluarga yang tinggal di kawasan berkenaan.

Menurut hantaran Facebook Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Balai Raya JPKK Kampung Wira Damai bagi menempatkan mangsa terjejas.

Pejabat Ahli Parlimen Gombak, Pusat Khidmat DUN Sungai Tua serta Yayasan MBI Selangor sedang menyelaras bantuan kecemasan bagi memastikan mangsa menerima keperluan asas dengan segera.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Pihak berkuasa dan agensi berkaitan turut digerakkan bagi membantu penilaian kerosakan serta penyelarasan bantuan jangka panjang kepada keluarga yang terlibat.

Anda Mungkin Berminat