Tiga tahun reformasi pendidikan beri perubahan ketara ekosistem KPM

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Sebelum mengakhiri tahun 2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya melakar 1,000 kisah kejayaan di bawah tata kelola Kerajaan Madani.

Menerusi kenyataan di laman Facebook pada Selasa, sepanjang tiga tahun Reformasi Pendidikan telah membawa perubahan ketara dalam ekosistem pendidikan negara dengan memberi tumpuan kepada menangani kesenjangan pendidikan secara menyeluruh.

“Pelbagai inisiatif baru telah dilaksanakan bagi memastikan akses pendidikan yang lebih adil, inklusif dan berkualiti untuk semua murid tanpa mengira latar belakang,” katanya.

KPM yang berada dibawa kelola Menterinya, Fadhlina Sidek telah melaksanakan pendekatan bersasar di peringkat sekolah yang mana ia menyokong penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran.

Sehinggakan KPM berjaya menunjukkan hasil positif apabila semakin banyak sekolah mencatat peningkatan, manakala keperluan intervensi intensif terus berkurangan.

Selain itu, antara kemuncak usaha serta kejayaan KPM yang lain ialah kelulusan RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 yang menjamin akses pendidikan sehingga peringkat menengah bagi setiap anak Malaysia, sekali gus menegaskan komitmen negara terhadap pendidikan yang lebih saksama.

“Kurikulum Persekolahan 2027, Kurikulum Prasekolah 2026 dan Pelan Pembangunan Pendidikan 2026–2035 akan menjadi asas hala tuju pendidikan negara, berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” ujarnya.

Justeru katanya, perjalanan reformasi masih lagi panjang yang disematkan dengan iltizam dan hala tuju yang jelas, pendidikan negara diyakini terus melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berintegriti.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat