Tiket konsert 20 tahun Hujan ‘sold out’

KUMPULAN indie rock popular, Hujan membuktikan pengaruh mereka masih utuh apabila tiket konsert ulang tahun ke-20 mereka habis terjual, sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Mewakili kumpulan itu, Noh Salleh atau Noh Hujan menzahirkan penghargaan kepada peminat setia yang dikenali sebagai ‘Raingers’ atas sokongan tidak berbelah bahagi.

“Syukur Alhamdulillah… terima kasih Raingers! Jumpa anda semua pada 27 Jun ini… jom kita riot!” katanya meluahkan penghargaan melalui video di Instagram pada Sabtu.

Konsert istimewa sempena 20 tahun perjalanan seni kumpulan itu dijadual berlangsung pada 27 Jun 2026, jam 8.30 malam di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Acara yang dibawakan oleh ICON Entertainment itu dijangka menghimpunkan ribuan peminat setia bagi meraikan dua dekad perjalanan muzik Hujan dalam industri tempatan.

Fenomena tiket habis terjual ini sekali lagi membuktikan kekuatan jenama Hujan serta sokongan berterusan peminat terhadap karya muzik tempatan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat