KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memberi amaran tegas kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penjualan atau pengedaran rakaman video lucah di platform media sosial.
Beliau berkata, pindaan terkini Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut.
“Kepada pihak yang mencuba atau terlibat, saya beri amaran keras bahawa tindakan boleh diambil,” katanya pada sidang media selepas pelancaran program Denyut Nadi Merdeka di Stesen LRT Pasar Seni, di sini hari ini, memetik berita tempatan.
Fahmi mengulas laporan berhubung seorang individu yang didakwa merancang menjual video lucah melalui aplikasi Telegram.
Menurutnya, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan pihak terbabit.
“Bagi penguatkuasaan, kita serahkan kepada PDRM,” jelasnya.
Baca juga: