Titah Adendum bawah proses undang-undang, sila hormati – Sultan Pahang

KUANTAN: Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

Baginda menegaskan bahawa ia telah berada di bawah proses undang-undang dan semua pihak perlu menghormatinya.

“Dalam soal Titah Adendum, bahawasanya perkara ini adalah berada dalam bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab dan berintegriti. 

Oleh itu, semua pihak perlu menghormati proses serta undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik.

“Saya menyeru kepada semua supaya berpegang teguh kepada nilai kejujuran, amanah, saling menghormati dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan sesuatu perkara,” titah Baginda ketika Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini semalam dan turut dikongsikan di Facebook pada Jumaat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat