Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan tiada kelab pasukan bola sepak yang mampu meniru atau melakukan perkara sama seperti dilakukan skuad Harimau Selatan.
Kata Tunku Ismail, JDT sudah membuktikan prestasi cemerlang dalam mencatat kejayaan kelab tersebut bergerak seiring dengan pemodenan dan inovasi pasukan.
“Daripada jaga rumput, falsafah bola sepak, infrastruktur, hingga ke ‘celebration’. Tiada orang boleh buat apa kami atau JDT buat dalam negara ni atau Asia sebagai sebuah kelab.
“Kejayaan sama-sama mengiringi pemodenan dan inovasi. Sambutan adalah identiti mewakili konsep inilah JDT. Lain dari lain,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.
Sebelum ini, JDT mencatat kejayaan dalam saingan Liga Malaysia apabila meraih double quadruple selepas mengulangi kejayaan muncul juara Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.
Skuad Harimau Selatan itu kemudian menamatkan saingan Liga Super 2023 dengan 76 mata hasil 25 kemenangan, seri sekali selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 26 perlawanan yang diharungi.
JDT turut mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat rekod 100 jaringan semusim dan hanya dibolosi tujuh kali dalam saingan Liga Super 2023.
Kejayaan itu diraikan penuh meriah dalam sambutan sedekad dominasi secara besar-besaran di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu selepas perlawanan terakhir Liga Super menentang Pulau Pinang.
Baca juga: