Oleh: Kamilia Ali
KUALA LUMPUR: Peruncit rangkaian teknologi terbesar di Malaysia, Thunder Match Technology Sdn. Bhd (TMT) dilantik sebagai peruncit sah untuk perkhidmatan internet satelit revolusioner, Starlink oleh SpaceX Exploration Technologies Corp hari ini.
Pengurusan TMT dalam satu kenyataan menyatakan bahawa perkongsian ini menandakan detik penting dalam perjalanan TMT untuk menyampaikan penyelesaian teknologi yang benar-benar membuat perubahan.
“Teknologi satelit inovatif Starlink menawarkan penyelesaian yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk menangani cabaran ketersambungan yang dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia.
“Kerjasama ini menekankan komitmen kami untuk merapatkan jurang digital dan memacu transformasi digital Malaysia ke hadapan,” jelasnya dalam kenyataan media pada Isnin.
Selain itu, lebih 48 cawangan di seluruh negara dan platform dalam talian yang mantap, TMT akan memastikan produk Starlink boleh diakses secara meluas oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.
TMT merancang promosi khas dan perkhidmatan nilai tambah untuk pengguna awal teknologi Starlink dan menekankan komitmen TMT untuk menyampaikan penyelesaian tertumpu kepada pelanggan.
Untuk makluman, teknologi satelit termaju Starlink memanfaatkan buruj satelit orbit Bumi Rendah (“LEO”) untuk menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi dan kependaman rendah yang bertujuan memastikan akses internet boleh diliputi untuk isi rumah serta perniagaan walaupun di lokasi mencabar.
Baca juga: