Seorang lelaki warga asing ditahan bersama dadah seberat 50.15 gram di sebuah bilik sewa di Jalan Tunku Osman, Sibu, Sarawak pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata suspek ditahan bersama dadah jenis syabu bernilai lebih RM5,000 dalam serbuan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan pihak polis telah menjumpai 44 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi pepejal kristal yang disyaki merupakan dadah jenis syabu.
“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga mendapati dirinya positif dadah jenis methamphetamine dan amphatemine,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Zulkipli berkata nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM5,516 dan suspek ditahan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan telah ditahan reman selama enam hari untuk membantu siasatan.

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Selain kesalahan tersebut, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Baca juga:








