Sebanyak 49 kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibuka membabitkan kes penipuan ‘scammer’ membabitkan sekitar kawasan Kuching, Sarawak bagi tempoh tiga bulan.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, sejumlah RM2.94 juta kerugian yang dilaporkan melibatkan kes penipuan sejak Januari 2024 sehingga Mac 2024.
“Modus operandi yang diguna ialah melalui iklan media sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok, Wechat dan sebagainya.
“Mangsa dikerahkan untuk menyerahkan maklumat perbankan atau meminta mangsa untuk membuat pindahan wang ke dalam akaun bank pihak ketiga,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambah Ahsmon, rata-rata mangsa yang terlibat adalah diantara 19 tahun sehingga 70 tahun dan kebanyakkan mereka adalah daripada pegawai kerajaan, agensi swasta, pelajar dan suri rumah.
“Sebanyak 33 kes siasatan telah dituduh melibatkan kes penipuan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda,” jelasnya.
Pada masa nama, beliau menasihatkan agar orang awam lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan panggilan telefon yang tidak dikenali serta iklan-iklan yang dipaparkan di media sosial.
Sebarang keraguan boleh hubungi talian 997, Nasional Scam Response Center (NSRC), atau hadir ke Balai Polis dan bank berhampiran bagi mendapatkan nasihat.
Baca juga: