KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menyatakan kebimbangannya terhadap perubahan sikap masyarakat yang dilihat semakin berlembut dalam menolak rasuah, malah wujud pula kecenderungan memuliakan individu yang memberi rasuah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa budaya menjulang pemberi rasuah tersebut amat merisaukan kerana tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat mahupun negara.
“Dalam perjuangan kita memerangi rasuah, nilai itu kian pudar. Kita mengaku benci rasuah, tetapi apabila tindakan diambil dan terkena kepada rakan sendiri, kita pula marah.
“Lebih membimbangkan, kini timbul trend mendewa-dewakan pemberi rasuah. Pada saya, perkembangan ini sangat merunsingkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Kerja Raya pada Isnin.
Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan; serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Baca juga:








