Trump Hampir Cedera Susulan Tembakan Di Majlis Wartawan Rumah Putih

WASHINGTON: Suasana majlis makan malam tahunan wartawan Rumah Putih bertukar cemas apabila insiden tembakan berlaku di Washington Hilton, malam Sabtu.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memaklumkan melalui media sosial bahawa penembak berjaya ditahan kira-kira 30 minit selepas kejadian.

Menurut pihak berkuasa, seorang suspek kini berada dalam tahanan selepas melepaskan tembakan berhampiran pusat pemeriksaan keselamatan majlis berkenaan.

Trump dan Naib Presiden, JD Vance, dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan, manakala tiada mangsa lain dilaporkan setakat ini.

Seorang pegawai penguat kuasa berkata suspek dipercayai melepaskan beberapa das tembakan sebelum berjaya diberkas.

Insiden itu mencetuskan panik apabila anggota keselamatan bergegas masuk ke dewan, sementara tetamu diminta berlindung.

“Saya dengar orang menjerit suruh tunduk, keadaan memang kelam-kabut,” kata seorang saksi.

Kawalan keselamatan kemudian diperketatkan, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Anda Mungkin Berminat