Trump Kecam Pendakwaan Netanyahu, Dakwa Wujud ‘Pemburuan Politik’

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mempertahankan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang kini berdepan perbicaraan berkaitan tuduhan rasuah, penipuan dan salah guna kuasa.

Dalam satu kenyataan di platform Truth Social pada Ahad, Trump menyifatkan tindakan perundangan terhadap Netanyahu sebagai tidak adil dan bermotif politik.

“Sungguh dahsyat apa yang mereka lakukan kepada Bibi (Netanyahu) di Israel,” katanya.

Trump turut memuji kepimpinan Netanyahu serta peranannya dalam menjalin kerjasama strategik bersama Amerika Syarikat.

“Beliau adalah wira perang dan seorang Perdana Menteri yang telah menjalankan tugas cemerlang terutamanya dalam kerjasama dengan Amerika Syarikat untuk menghapuskan ancaman nuklear dari Iran,” katanya lagi.

Untuk rekod, Netanyahu kini sedang dibicarakan berhubung tiga kes jenayah yang melibatkan dakwaan rasuah, penipuan dan salah guna kuasa, di mana kes yang telah dinafikannya sejak pendakwaan dikemukakan pada 2019.

Terdahulu, Mahkamah Israel menolak permohonan Netanyahu untuk menangguhkan keterangannya dengan menyatakan bahawa beliau gagal memberikan alasan yang kukuh bagi penangguhan tersebut.

Anda Mungkin Berminat