Trump tangguh tarif : Malaysia boleh lega sebentar – PM

PETALING JAYA: Malaysia menzahirkan rasa lega setelah menjadi antara negara di dunia yang diberi penangguhan pelaksanaan tarif yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump selama 90 hari.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dan berkata Malaysia kini boleh lega sebentar apabila terbabit dengan penangguhan itu.

“Malaysia terbabit (dalam penangguhan), melegakan sebentar,” katanya kepada pemberita seusai menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Dewan Baiduri, Menara PETRA, Putrajaya hari ini.

Ketika mana dunia sedang bertungkus-lumus mencari solusi serta mendepani pengumuman pelaksanaan tarif baharu oleh Trump pada minggu lalu, pemimpin AS itu mengumumkan bahawa pihaknya mahu menangguhkan pelaksanaan tarif tersebut kepada kebanyakan negara.

Lapor White House, Trump menangguhkan tarif timbal balik itu selama 90 hari namun tetap kekal dengan keputusan peletakan 10 peratus tarif asas di kebanyakan negara termasuklah Malaysia.

Bagaimanapun, China pula dikenakan tindakan yang berat oleh AS iaitu pelaksanaan tarif sehingga 104 peratus.

Pada masa yang sama, langkah penangguhan itu menyebabkan pasaran saham global melonjak susulan pengumuman terbaharu itu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat